Name given by my parents is Fatimah Nur Yusuf Zubir. Recognized world on 8 march 1980.. the only daughter with little brother..Working as a Chemist. Love to listen to music, Love playing PC games actually addicted with PC games, love to be home alone..
|
 |
Saturday, December 13, 2008
I'm Moving to nuraarin.blogspot.com
Hai kawan-kawan semua..I'm Moving to
Posted at 10:29 am by nuraarin
Permalink
Thursday, April 10, 2008
Minggu kelam kabut for me this week....
Sabtu saya hantar mak ke hospital ipoh untuk menjalani pembedahan memasukkan jarum utk treatrment dialysis nanti..then ahad saya balik manjung, isnin kerja dan selasa ambil mak semula..kesian mak, tangan dah tak kuat sangat so saya tak bolehlah nak bermalas-malasan di rumah lagi, kena banyak tolong mak buat kerja rumah nampaknya..
Masa kat Ipoh, sempat jumpa member yang sama-sama belajar kat UiTM Arau and shah alam, banyak kenangan manis yang diimbau kembali, yang penting dia masih bujang seperti saya and we are happy with our lives. That is the most important thing...
Adik pula hp rosak, dah hantar kedai tapi almost seminggu pun tak siap-siap lagi, masalahnya kedai tu kata tak tahu apa rosaknya hp tu. dah tersadai seminggu pun tak periksa lagi mana nak tahu rosaknya kan? Tak bolah jadi, esok saya nak pergi ambil balik, ntah-ntah hp tu dah hilang...
Minggu depan saya kena pergi kl pula, ada workshop anjuran UPM, oklah itu adalah kursus yang sepatutnya boss saya yang pergi tapi sbb dia ada hal so saya jadi penggantinya..Saya tak pernah lagi ke Putrajaya, so inilah masanya..nnt saya akan update aktiviti saya kat sana...
Posted at 03:31 pm by nuraarin
Permalink
Wednesday, March 12, 2008
Sebulan saya menghilang dari penulisan blog ini adalah kerana masalah-masalah peribadi..tapi hari ini setelah sebulan tak tentu arah, kini saya kembali dengan semangat baru..
Kita cerita yang happy dulu....
a)bonus Mula-mula sekali saya happy sbb tak perlu lagi nak bakar company nie..hehehe kerana apa yang di-idamkan dah dapat walaupun not much as i expected, tapi still membantu dari segi kewangan and membeli apa yg saya idamkan..
c) Promotion March 2008 genap 4 tahun saya bekerja disini dan saya dapat promotion. Ini bukan promotion barang murah ek..tapi naik pangkat..ini adalah kali ke-2 saya dinaikkan pangkat atas pemergian bos-bos saya..Happy naik pangkat nie sbb gaji naiklah kan tapi responsible tu makin banyak tak payah cakaplah kan, semua org tahu, kita less buat kerja tapi minda 24jam yang kena bekerja..
c) My birthday A week before my birthday, i was depress sbb my bf cam layan saya acuh tak acuh coz dier bz mengantung bendera (jgn tanya which party, undi adalah rahsia), so i though my birtday going to be the worst birthday, but i'm totally wrong..
Sebaliknya I am very happy sbb dapat hadiah banyak ,new monitor, bracelet and lovely beg tangan, all from the same person that is my bf...itu sebenarnya kira macam tebus akibat negleted me for a week k..oh ya, birthday saya jatuh sama dengan hari mengundi so sbb tulah si dier bz, cari extra money for my birthday maybe, lagipun dier kena turun sini dari kl ke lumut kan..8 march 2008 is a best birthday so far...
Dah habis yang happy, kita tinjau yang kurang menyenangkan lak..
a) Hospital Seminggu mak ditahan di wad sebab tak cukup darah ngan darah tinggi, mula-mula risau lah kalau kena buat emergency tebuk lunang utk dialisis (kami sepatutnya ke Ipoh untuk buat dialis bulan depan), tapi alhamdullilah keadaan bertambah baik so dibenarkan discharge dari wad after a week.
b) Operation Ayah saya pula minggu depan ada minor operation, masalahnya ayah saya takut biasalah orang tua kalau dengar pasal operation nie selalunya mereka akan elak-elak skit, anyhow hopefully ayah akan tabah mengharungi semua ini..
Itu peristiwa yang berlaku hampir sebulan saya menghilang...Bila minda saya dah clear nanti, saya akan update secepat mungkin...
Posted at 01:16 pm by nuraarin
Permalink
Wednesday, February 13, 2008
Sudah beberapa hari asyik buka tutup blog je, bila nak updated jer macam2 hal yang terjadi, boss tetiba datang mengejut lah, supplier tetiba datang nak hantar limau lah, nanti kejap2 lagi satu dunia nak cari saya..arrrggg runsing dibuatnya!! Kita kan baru balik dari cuti raya cina, so mood cuti kan ader lagi, ni semua tetiba serang saya, mahu berselerak minda..hehehe
Memandang masa cuti raya cina, saya hanya lepak di rumah sahaja sambil menambah berat badan.. so dengan kata lain tak ada buat apa-apa aktiviti yang berfaedah, so dengan ini saya merasmikan bahawa ini adalah cuti tahun baru cina saya kali ini yang paling tidak berharga...tambahan pula mendapat berita yang bakal mengosongkan poket saya..saya kena saman speed trap masa menghadiri majlis perkahwinan sedara kat taiping... Kereta saya bakal berusia 2 tahun, dan setiap kali anniversary mesti kena satu saman, hadiah hari jadi agaknya!!
Anyway, ada kenangan manis kat taiping yang saya nak post tapi tak post-post lagi, so ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengenang kembali bagaimana saya kena speed trap tu
Perjalanan dari manjung ke taiping bukan ambil masa yang lama pun, paling-paling lama pun 1 1/2 jam sampailah, tapi sbb saya ni konvoi ngan pakcik saya yang bawa kereta mercedes tu, apa lah nak dibandingkan ngan MyVi saya ni, so ape lagi saya mengejar kereta pakcik saya dengan kelajuan yang saya sendiri pun tak sedar, jadi dapatlah surat cinta dari speed trap ini.
First tima bawa kereta ke taiping, so tak sah kalau tak pergi zoo taiping kan, memandangkan ibu saya tak berapa sihat, so kami sekeluarga naik train untuk mengelilingi zoo yang mengambil masa dalam 1/2 jam jer, tak puas naik train nie, tangkap gambar pun tak berapa clear, so ini hasil-hasil foto dari hp 6680 saya..
 My parents, Faridah Loo & Yusuf Zubir
 Hasil yang tak bagus, beruang hitam
 Sekumpulan gajahy yang sedang seronok menikmati makanan
 Rusa yang sedang bergembira juga
Yang malang jadi jurugambar adalah lupa nak ambil gambar sendiri, tapi bagaimana pun saya tetap gembira pada hari itu..
Posted at 10:11 am by nuraarin
Permalink
Friday, January 25, 2008
Cukup-cukuplah en3 nak membakar compeni ajer...nnt kalau compeni betul-betul terbakar tak ke naya?? Hilanglah Tempat mencari rezeki yang sekadar cukup untuk menampung keperluan hidup dan kehendak hidup. Dengan kata lain, bersyukur pada rezeki yang diberi.
Semalam cuba untuk menenangkan minda dengan bersiar-siar ngan kereta merahku itu, tapi rupa-rupanya membawa kereta dengan kelajuan 60 km/j boleh mengundang kemarahan pada pemandu-pemandu lain, setakat pekan manjung ini, membawa kereta dengan kelajuan itu bukanlah tindakan yang bijak, jadi akhirnya saya yang pecut giler-gile punya laju, puas hati gak!! ahaks..
Tak sabar nak tunggu hujung bulan nie, sbb banyak perancangan yg telah dirancang hanya tunggu masa untuk dilaksanakan, kalau berjaya alhamdullilah, kalau tak tunda lagi satu bulan..tapi harap-harapnya boleh diselesaikan dalam masa terdekat nie.
Renovate rumah hanya tunggu kontraktornya senang, banyaknya cabaran untuk saya renovate rumah ni, selalunya kontraktor mencari customer, sekarang customer pula yang -perlu menunggu, ini mengingatkan saya untuk menangkap gambar rumah before and after...(reminder for myself)
Posted at 02:56 pm by nuraarin
Permalink
|