Cukup-cukuplah en3 nak membakar compeni ajer...nnt kalau compeni betul-betul terbakar tak ke naya?? Hilanglah Tempat mencari rezeki yang sekadar cukup untuk menampung keperluan hidup dan kehendak hidup. Dengan kata lain, bersyukur pada rezeki yang diberi.
Semalam cuba untuk menenangkan minda dengan bersiar-siar ngan kereta merahku itu, tapi rupa-rupanya membawa kereta dengan kelajuan 60 km/j boleh mengundang kemarahan pada pemandu-pemandu lain, setakat pekan manjung ini, membawa kereta dengan kelajuan itu bukanlah tindakan yang bijak, jadi akhirnya saya yang pecut giler-gile punya laju, puas hati gak!! ahaks..
Tak sabar nak tunggu hujung bulan nie, sbb banyak perancangan yg telah dirancang hanya tunggu masa untuk dilaksanakan, kalau berjaya alhamdullilah, kalau tak tunda lagi satu bulan..tapi harap-harapnya boleh diselesaikan dalam masa terdekat nie.
Renovate rumah hanya tunggu kontraktornya senang, banyaknya cabaran untuk saya renovate rumah ni, selalunya kontraktor mencari customer, sekarang customer pula yang -perlu menunggu, ini mengingatkan saya untuk menangkap gambar rumah before and after...(reminder for myself)