Name given by my parents is Fatimah Nur Yusuf Zubir. Recognized world on 8 march 1980.. the only daughter with little brother..Working as a Chemist. Love to listen to music, Love playing PC games actually addicted with PC games, love to be home alone..

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

My Friends:
nurul
zul
zwitterion
abahmuizz
kaklady
arizs
Faizah
13may
amanitium
sunanjati
ezad
Abg Long
CikLari
mersik
ustazmuda
pezul
raina
famia
ladyida
Qasseh hati
superman
nurnana
lindosh
mamidini
darkwan
mohdismail
puterikurekure
masy
kasyah
sunan
mixter
dekerinchi
Wawa
Anne
Khai
ImamKhalid

Entertaiment:
klubbkidd
budiey
jimi-wiser
Kash_ed
Ajami
mrmanager
sultanmuzaffar
vincentchow

Join us:
man_pro

Email me
nuraarin@yahoo.com

Tempat mencari sesuap nasi:
MPA @ HUDSON-MPA

Free Web Counter
Free Web Counter

Selalu klik:

berita harian
harian metro
utusan malaysia
virtualfriends
friendster


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, January 18, 2008
BURN! BAKAR! BURN! BAKAR!

Apa yang akan anda buat kalau minggu lepas boss cakap lain, minggu nie dier cakap lain? Rasa cam nak bakar jer kerusi yang dia selalu tak duduk tu..Dah lah masa ISO ari tu buat orang bengang, nie dah habis ISO macam2 lak dia punya komen, paperwork kita yang buat, yang dia tahu sign jer...itu pun nak komplen lagi Angry

Ok Aarin, sabar-sabar... Nie tengah sabar lah, bayang-bayang bonus dah lah tak nampak-nampak lagi nie, mmg betul-betul kena sabar nie. sekarang adalah masa untuk mencari kayu api, cukup masa, kita burn compeni ini!!! SERANG!!!!

Ok Aarin, sabar lagi... Nasib baik komputer kat rumah tak meragam, boleh gak main game sampai berasap-asap monitor tue, adik pun takde peluang tak sentuh hatta keyboard pun sekali, hahahaha Big Smile Sekarang tengah layan game CSI, bercelaru minda tapi sesuatu yang menyeronokkkan..

Nie dah lapar sangat, nak pergi try KFC yang terbaru tu,tapi tak ingat namanya, kalau sedap saya akanb canangkan satu dunia, kalau tak sedap mmg siaplah KFC tue, satu dunia gak yang tahu....

 


Posted at 11:00 am by nuraarin
Comment (1)  

Saturday, January 12, 2008
Leganya hati ini..tapi

Semalam bermula ISO dan HACCP untuk company ini, dan hari ini semuanya dah selesai, lega hati saya, kalau tidak berminggu dok kenang-kenangkan semua ini..walaupun ada sedikit perbalahan ngan boss saya yang asyik arah-arah jer, tapi sekurang-kurangnya semua berjalan ngan lancar, kalau tak saya bakar company nie!! (ayat favourite selagi tak dapat bonus..hahaha)

Adik tak berapa sihat ari ni, deman ngan selsema so tak bolehlah nak pergi window shopping dan cuci mata, hahaha tapi kan kat manjung nie mana ada tempat best untuk window shopping, panggung wayang pun baru jer ditutup, semua orang lebih suka menonton wayang kat ipoh, kalau kat manjung nie pusing-pusing balik-balik tempat yang sama juga, nak jalan jauh-jauh, abah lak cam berat je nak bagi, alahai...redha jer la

Dah lama sangat tak tengok wayang nie, takde mood lah, kat rumah cerita dvd yang dah beli berkurun-kurun pun tak tengok g, balik rumah dok termenung mengenang masa depan jer..macam berat jer masalah saya nie yer..

Baru-baru nie, keluarga saya telah ditipu oleh seorang kontraktor rumah, janji nak buatkan awning, simen ngan pagar rumah, so kontraktor nie minta RM2000 untuk beli barang katanya, ayah saya lak cam kena pukau bagi jer RM2000 tu tanpa resit..tunggu punya tunggu hampir 2  minggu, kontraktor tu tak datang-datang, apa lagi buat operasi besar-besaran mencari kontraktor ni.. selidik-selidik kontraktor nie memang kaki menipu, nasib baik ayah ada kenal orang2 besar, cari dan minta balik duit tapi berhasil dapat RM1000 jer... hmmm..tak tahulah apa malangnyer nasib.

Sekarang ni, dah panggil kontraktor lain pula, dah sukat rumha semua tapi hampir seminggu pun tak mula kerja lagi..tapi kali ni tak bagi depositlah..tak tahulah masalah orang melayu ni, kalau panggil cina buat nanti kata kami nie tak nak tolong orang melayu, tapi masalahnya mereka yang menolak rezeki. (pendapat ini hanya untuk segelintir org melayu sahaja yer)...

Hmm...entahlah!!


Posted at 11:40 am by nuraarin
Comments (4)  

Saturday, January 05, 2008
2008 yang menjelma

2007 telah ditinggalkan, menjelma pula 2008, adakah aku masih bermimpi...harap-harapnya tahun nie semua angan-angan akan menjadi kenyataan

Sebelum kita melangkah ke azam 2008, mari kita kaji azam 2007 dahulu:

a) Nak kumpul duit banyak2, at least RM500 sebulan (2 bln jer jadi)
b) nak bayar duit PTPTN cepat2, dah pening ni
(haha, langsung tak buat)
c) nak beli aset, kereta dah ader, nak aim rumah lak
(adalah sipi2 nak jadi)
d) nak tukar status (tak paham2 lagi ker cik abg oii!)(hmmm....forward tahun depan lah nampaknya)
e) nak tukar keja kalau bonus & gaji tak memuaskan hati tahun nie
(bonus & gaji mumuaskan, so saya stay lagi)
f) nak melancong ke setiap negeri di malaysia nie
(ada jer halangan yg berlaku)
g) nak abah longgarkan sedikit kebebasan saya (abah, bglah saya bawa kete jln2 luar perak lak
)--tercapai, ada g taiping, kl etc
h) nak belikan mama rantai tangan yg saya dah janji 2 thn lepas (bila nak tunaikan nie
?)-- bulan nie saya nak tunaikan, eh, kira 2008 ker?
j) nak jadi peramah skit, org kata saya nie asyik muka masam jer (hmm..lupa nak buat borang supaya org boleh evaluation saya)

Baiklah, lupakan yang lama, mari kita mulakan harapan aka azam tahun baru:

a) Mahu lebih berjaya dalam kerjaya, nak meningkatkan prestasi 
  
kerja supaya boleh kalahkan boss hahaha...
b) kena sambung azam tahun lepas, kumpul duit tapi tak nak lah
   letak limit, susah nak capai lak, minimum RM100 oklah tu
c) Melancong! melancong! melancong! saya nak melancong!!!
d) PTPTN..ada lebih bayar ler, cam tak sudi jer, hik hik
e) Tukar status?? Amacam puterikurekure, boleh ker saya ni?

Janganlah letak harapan tinggi sangat, saya bertekad untuk yang e) sebab cemburu ngan kawan2..hehe, boleh?

 


Posted at 11:45 am by nuraarin
Comment (1)  

Tuesday, December 18, 2007
Pisces yang keliru

Dah lama saya asyik pusing-pusing ke blog orang lain..bukan mencari idea tapi mencari sebab-sebab mereka boleh menulis apa yg mereka rasa tanpa berselindung.. Saya berbintang pisces dan seingat saya pisces ini lebih beremosional dan sukakan kerja-kerja kesenian.. itu yg saya ingat lah..

Tapi rasanya sekarang saya berkecimpung dalam dunia sains dan juga sukar meluahkan rasa hati ini pada orang lain di mana saya lebih suka memendam perasaan..sehingga lah saya akan jadi marah-marah dan di situ lah tahap kesabaran saya...dan ini adalah attitute yang tidak bagus...

Sebagai mana saya tiap-tiap hari melalui perkara-perkara yang menarik..tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk diluahkan di dalam blog ini..terasa otak beku mengadap blog ini...kenapa??

ok..kita rehat dahulu..


Posted at 11:04 am by nuraarin
Comment (1)  

Friday, November 23, 2007
Bahana chemical

Sebelum diteruskan cerita, sila baca artikel ini

Dah tahu? Chemical ini telah mencetuskan kemalangan di lab saya di mana pembantu saya telah terkena acid ini semasa sedang cuba mencairkan acid ini. Kemalangan ini berlaku dengan pantasnya di mana kelalang kon yang dipegangnya pecah dan mengakibatkan letupan kecil sehingga membakar kulit. Sehingga ini pembantu saya diberikan seminggu MC. Ianya boleh sembuh cuma takut meninggalkan parut sahaja, apa yang seorang gadis selalu takutkan ialah parut. Kalau lelaki mungkin rasa macho dengan parut, tapi bukan pada seorang gadis.

Sangat simpati saya melihat keadaannya kerana kemungkinan besar mungkin saya yang boleh terkena bahana chemical ini juga. Kemalangan ini mengakibatkan pekerja yang lain fobia bila tiba acara mencairkan chemical yang lain juga. So, saya sebagai ketua terpaksalah menunjukkan keberanian dan mencairkan chemical itu..pheww..

Bulan ini banyak sangat pekerja saya yang buat perangai pelik-pelik..Seorang MC tak sudah ngan no pay leave..seorang lagi tak tahulah apa yang dia nak sebenarnya..Nak resign atau pun sayang kan company lagi..isk isk..pening-pening!!

Minggu ini nak balik kg lagi untuk membawa ibu merawat traditional sekali lagi..So, kena drive lagi, penat juga drive nie, tapi apa boleh buat sebab dalam family hanya saya seoarng jer yg boleh drive, jadi berkorban lah utk Ibu...


Posted at 10:33 am by nuraarin
Comment (1)  

Previous Page Next Page