Entry: Saya ada di mana-mana!! Thursday, April 10, 2008



Minggu kelam kabut for me this week....

Sabtu saya hantar mak ke hospital ipoh untuk menjalani pembedahan memasukkan jarum utk treatrment dialysis nanti..then ahad saya balik manjung, isnin kerja dan selasa ambil mak semula..kesian mak, tangan dah tak kuat sangat so saya tak bolehlah nak bermalas-malasan di rumah lagi, kena banyak tolong mak buat kerja rumah nampaknya..

Masa kat Ipoh, sempat jumpa member yang sama-sama belajar kat UiTM Arau and shah alam, banyak kenangan manis yang diimbau kembali, yang penting dia masih bujang seperti saya and we are happy with our lives. That is the most important thing...

Adik pula hp rosak, dah hantar kedai tapi almost seminggu pun tak siap-siap lagi, masalahnya kedai tu kata tak tahu apa rosaknya hp tu. dah tersadai seminggu pun tak periksa lagi mana nak tahu rosaknya kan? Tak bolah jadi, esok saya nak pergi ambil balik, ntah-ntah hp tu dah hilang...cry

Minggu depan saya kena pergi kl pula, ada workshop anjuran UPM, oklah itu adalah kursus yang sepatutnya boss saya yang pergi tapi sbb dia ada hal so saya jadi penggantinya..Saya tak pernah lagi ke Putrajaya, so inilah masanya..nnt saya akan update aktiviti saya kat sana...

   2 comments

mardihah
April 21, 2008   06:43 PM PDT
 
selamat segalanya dalam menempuh semua cabaran ini
mongkut
September 30, 2008   10:24 PM PDT
 
Selamat Hari Raya

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments